Monday, May 25, 2015

4 Bintang : Pilot Cafe

Sebuah Filem yang di adaptasi dari senaskah novel hasil nukilan Ahadiat Akashah yang pada zaman sekolah kita amat digilai remaja kaki novel.  Beliau juga seorang penulis yang dikagumi diketika itu.

Tapi bukan saya, saya mula berjinak-jinak dengan novel bila dah mula ada duit sendiri swep je kat kedai Popular, Giant Senawang tu. Lepas abis satu , swep satu lagi, dan terus swep. Pada masa kegilaan saya entah pada aktiviti swep tu ke atau memang minat membaca novel, hihihihi ...dua-dua sekali agaknya.

Well cerita Pilot Cafe ni saya boleh bagi 4 Bintang sebabnya :
1- tidak membosankan
2- jalan cerita yang menarik
3- penggunaan warna & latar penggambaran yang menarik (banyak guna warna purple ~cute)
4- pelakon yang tidak kaku (accept Neelofa- xla kaku tapi scripted hihihihi ) & screen shot yang cantik
 
I just bought it last saturday via Astro First je.  ok lah I boleh tengok berulang sampai 3 kali.

 

Kuantan Oh Kuantan (Part 2)

Its our 2nd day
Malam hari punya discussed & planning :

Lepas Subuh kami siap-siap pack barang senang untuk check out,
Then, after breakfast (open 7.30 am) terus bertolak ke Cherating (budget 10 am) mandi-manda di pantai
Budget till 11 am, balik hotel & checkout 
 
Kesudahan nya  :
Lepas Subuh, kami siap-siap, after breakfast terus checkout :P
APTB hihihi
berhenti di Med Club jam 10 am , seronok sahabatku , harapnya segalanya dapat diluahkan pada pantai :)

Sampai di sini baru kami perasan sepanjang perjalanan kami tiada plat kereta dah tertanggal (mungkin akibat langgar anak monyet yang melompat secara tiba-tiba & melintas semalam nya).

Hari sangat panas makanya tak mahu menggelapkan warna kulit saya, saya hanya memerhatikan sahabat bermain air .. seronok harapnya, tapi kami pasti akan datang lagi !!

berehat dibawah pokok berdekatan .. :(

Selesai menikmati udara & permandangan pantai , banyak lah planning cuti berikutnya berkeliaran di otak kami .. hihihihi 

Singgah sebentar di Masjid berdekatan sebelum matahari menegak di kepala

Buah tangan buah ahli keluarga & rakan-rakan 
Membasahkan tekak dengan air kelapa ais  & satar panas sementara menunggu kepok lekor Chendor siap dibungkus 

Kelegaan yang tak la capai 100% , alhamdulillah apa yang terbuku di hati dah sampai pun, makanya kami bertolak balik sementara masih ada tenaga .. esok harinya ahad , jadi boleh lah kami berehat melelpaskan kepenatan kegilaan kami ni ..

 
 Yes! Next family trip! mana ye?! ~ Sayab Biru


Friday, May 22, 2015

Kun Anta - Humood Al Khudher







Liujarihim, qolad tu zohiru ma fihim Fabadautu shakhson a-khar, kai atafa-khar Wa zonan tu ana, anni bizalika huztu ghina Fawajad tu anni kha-sir, fatilka mazohir La la La nahtajul ma la Kai nazdada jama la Jauharna huna Fi qalbi talala La la Nurdhin nasa bima la Nardhohu la na ha la Za ka jamaluna Yasmu yataa'la Oh wo oh... Oh wo oooh... Oh wo oh... Oh wo oooh... Oh wo oh... Oh wo oooh... Kun anta tazdada jamala Oh wo oh... Oh wo oooh... Oh wo oh... Oh wo oooh... Oh wo oh... Oh wo oooh... Kun anta tazdada jamala La la la la la la la la Attaqabbalhum, anna-su lastu qalliduhum Illa bima yurdhi-ni, kai urdhi ni Sa akunu ana, mithli tamaman hazana Fakona a'ti takfini, za ka yaqi ni La la La nahtajul ma la Kai nazdada jama la Jauharna huna Fi qalbi talala La la Nurdhin nasi bima-la Nardhohu la na ha-la Za-ka jamaluna Yasmu yataa'la Oh wo oh... Oh wo oooh... Oh wo oh... Oh wo oooh... Oh wo oh... Oh wo oooh... Kun anta tazdada jamala Oh wo oh... Oh wo oooh... Oh wo oh... Oh wo oooh... Oh wo oh... Oh wo oooh... Saakunu ana, man ardho ana, lan asa' la liridhohum Waakunu ana, ma ahwa ana, ma-li wama liridhohum Saakunu ana, man ardho ana, lan asa' la liridhohum Waakunu ana, ma ahwa ana, lan ardho ana biridhohum La la La nahtajul ma la Kai nazdada jama la Jauharna huna Fi qalbi talala La la Nurdhin nasi bima-la Nardhohu la na ha-la Za-ka jamaluna Yasmu yataa'la Oh wo oh... Oh wo oooh... Oh wo oh... Oh wo oooh... Oh wo oh... Oh wo oooh... Kun anta tazdada jamala Oh wo oh... Oh wo oooh... Oh wo oh... Oh wo oooh... Oh wo oh... Oh wo oooh... Kun anta tazdada jamala

Thursday, May 21, 2015

Kuantan oh Kuantan

Invisible Vacation yang ingin dikongsikan bersama sebagai kenangan
Percutian tanpa dirancang oleh sahabat saya yang telah menyimpan perasaan gundah gulana ke tahap yang maximum rasanya ni!

Sahabatku , saya ikutkan sahaja , sambil-sambil membantu diri saya sendiri dalam released tension bekerja

Budget Vacation jugalah kiranya ...
kebetulan pejabat saya mengumumkan cuti ganti pada Jumaat lepas (15hbMay 2015) kerana cuti umum pada Sabtu (Israk Mikraj).

Perancangan mulanya nak ke Ikea je , then lepak Sunway Lagoon or hotel yang berdekatan sahaja, nak swimming bagai planned asal kami

Jom Invisible unplanned vacation with us (saya bawakan sekali rakan-rakan group wassap Expending Luv) 
Thats why di namakan invisible vacation .. :-)

Perjalanan santai yang bermula pukul 12.30 tengahari

Here We Come !!
Ada satu kejadian yang tak dapat saya lupakan ... masa kereta dibawah panduan saya, asyik di jambatan dengan pemandangan sungai yang kami rintangi .. tanpa dapat mengelak seekor anak monyet di tepi jalan berlari melintasi jalan masa tu turn saya plak yang lalu ... Innalillah agaknya dia .. dap dup je jantung but still under control .. rasa berdosa sangat masa tu

Sampai di Kuantan hampir pukul 6 petang , terus singgah menunaikan solat jamak di Masjid Kuantan, Subhahanallah .. this is 2nd time saya bersama sahabat datang ke mari .. ini lah kali pertama saya berpeluang menjejakkan kaki di sini, Syukur Allah memberikan saya peluang ini .. Cinta pada Bandar Kuantan semakin mencubit-cubit hati saya.
Singgah di Masjid Kuantan

 Perut dah mula lapar , hati terkinja-kinja keriangan sampai di bandar yang sudah semakin maju & gah namun masih ada & mengekalkan unsur-unsur alam sekitar sekitarnya , rasa sedap & luas mata memandang.. niat di hati nak menyinggah di Pantai Chenang, oleh kerana hari semakin gelap , abaikan ajelah, nak masuk pantai pun nak kene bayor parkingnye .. ambil keputusan cari hotel melalui online

Konon nak cari hotel yang ada swimming pool, idoknya dapat ...
3 hotel jadi pilihan
Vistana (ni memang pilihan pertama ,tapi nak juga mencuba sesuatu yang baru kan)
Central ( di tengah bandar, ada promosi! tapi di sebabkan sikap tidak menghormati & kekasaran yang dilakukan oleh si perempuan yang menjawab call kami berkenaan reservation ketika itu, so kami reject! penting tau if front desk pun dah tunjukkan cara demikian apatah lagi if kita hadapi masalah bila di dalam bilik yang telah kita bayar.)
Areena (after membandingkan harga walk in & online, Hotel.com menawarkan harga yang lebih murah. Hotel 3 Bintang ni memang betul-betul sesuai dengan bintangnya !!)

Sarapan yang ringkas tapi boleh diterima tekak & mengenyangkan *ala-ala hotel Malaysia gitu ..

 Dalam perjalanan dari Seremban saya membuat survey blogs yang dah pernah menjejaki Kuantan secara terkejut! Alhamdulillah dari blog Ida Yuni koba ea sodap kek Satay Zul ni ha .. torai la .. satay dia boleh tahan terasa rempah-rempahnya, yang paling syiok satay kambing, tapi bila tengok ramai lenchai-lenchai yang datang amik nasi lemak dia .. sahabat saya dah terliur tapi di sebbakan kepenatan kami dah bagi warning so takak yang termampu macam dalam gambor kami je lah ... bihun sup yang ringkas & boleh diterima tekak .. kami ni elegik kat ajinomoto ,sure tangkap kepala,  tapi makan di Satay Zul ni Alhamdulillah idok pula rasa gitu .. Lepas makan lepak hotel mandi-mandi & tidur


Esok harinya ...
Nantilah sambung kendian ~ Sayab biru

Tuesday, April 28, 2015

Zaman Berlalu

Ingat lagi zaman persekolah,
Emak saya selalu ada bila saya pergi ke sekolah
dan balik dari sekolah

Emak sentiasa ada di menanti anak-anaknya di rumah
Bila emak melarang saya tahu emak tidak suka
Saya tahu emak cuba melindungi
Saya tahu itu semua ada kebaikan yang tersirat yang tidak kita ketahui

Ingat lagi di zaman sekolah,
Bila balik dari sekolah
Emak selalu melarang adik , kakak , atau abang keluar dari rumah
Bila hilang dari pandangan, mulut mak tak henti membebel
Saya tahu emak risau, saya tak mahu mak risau dan saya maka hanya akan tinggal di bilik saya

Zaman sekolah dahulu
Saya dah faham mak tak suka itu & ini
Apa yang adik, kaka, abang lakukan
Saya turuti agar saya bukan lah antara penyebab kepada kemarahan emak
Saya cuba jadi baik

Di sekolah saya di pilih sebagai ketua pengawas,
Emak melarang untuk berjawatan besar
Sebab takut saya terlepas pandang pelajaran
Saya turuti , dan akui saya bukan lah pandai sangat , nak memegang jawatan apatah lagi

Zaman sekolah saya tak ada yang indah sangat
Sebab hidup saya pergi sekolah , dan balik sekolah
Berkawan di sekolah hanyalah di sekolah
Dan di rumah, jiran-jiran yang sudi berkawan baru saya berkawan
Naif pulak bila di kenangkan
Sebab saya tahu emak tak suka , tapi adik beradik lain tak peduli
Tapi saya tak mahu mak susah hati , saya turuti jua

Kini saya uruskan diri saya sendiri
Saya harap semua ni sebab Emak percayakan saya
Sebab saya pandai jaga diri since zaman sekolah lagi
Sebab saya telah dilatih apa yang boleh apa yang tidak
Tapi dalam zaman sekolah hanya satu sahaja tak berubah

Sahabat tetap dia seorang
Walau mak tak suka
Sahabat tetap datang menziarah saya
Hahahaha ... kelakarlah sahabat saya
walaupun hidup saya membosankan bagi pandangan mata rakan-rakan lain
tapi dia tetap cari saya sehingga kini ...


Duhai sahabat , moga dikaulah pilihan-Nya buat saya ~ Sayap Biru 


Monday, April 27, 2015

Yang Terindah

Saya bahagia bila sahabat saya di sisi saya
Saya antara yang orang yang beruntung memiliki sahabat sebaik sahabat saya
Sepatutnya saya sahare bersahabat dengan semua orang
Yang saya punyai sahabat seperti dia
Agar semua orang boleh merasai sahabat seperti yang saya ada

Saya takkan lagi tidak mengindahkan sahabat saya yang sorang ni
Sebab bila saya keseoranagn dia datang dan mengingatkan saya akan Allah
Bila saya sendirian Allah datangkan dia untuk menyenangkan saya
Bila saya kebuntuan dan dahagakan kasih keluarga saya
Dia datanag menyerikan bersama ahli keluarganya

Ya Allah ,
Kenapalah permainan syaitan sangat membutakan hati & mata saya
saya bermohon agar semua ini terang benderang di mata saya selamanya

Alangkan indahnya jika ahli keluarga saya juga memiliki dia
Sepertimana saya miliki sahabat saya sekarang ini ...

Ya Allah lindungilah sahabat saya ,
Berikanlah dia ketenangan di dunia & di akhirat Mu
Jauhilah sahabat saya daripada segala kejahatan di dunia oleh makhlukMu
Peliharalah dia dari azab di akhirat kelak

Kurnikan dia RahmatMu Ya Allah
Sesungguhnya hanya padaMu tempat ku meminta

Buat Sahabat ku & ahli keluargaku jua ..

Tiada yang kedua buat sahabatku ~ Sayap Biru
 

Thursday, April 16, 2015

Where to Begin

Google Ji ~ Its looks Like Me ^_^.. On My Way!!

 Source from Runnerworld
(Repeat each sequence three times, for a total of 30 minutes.)
Week 1: Run 5 minutes, walk 5 minutes
Week 2: Run 6 minutes, walk 4 minutes
Week 3: Run 7 minutes, walk 3 minutes
Week 4: Run 8 minutes, walk 2 minutes
Week 5: Run 9 minutes, walk 1 minute
Week 6: Run 30 minutes

Hope this can helps me!!
Semangat lagi! dan teruskan membakar ~ Sayab Biru


Wednesday, April 15, 2015

Run for 20KM



Semangat makin membara!!
With the heavy weight right now I felt like I cant!
But now pushing myself to become more positive!
 
1st - Set for the competition
2nd - Invite friends ( I'm organised for my office mate)
3rd - Motivate / Training





Beginners: 30Km per week minimum with 40/45 Km per week desirable – There should be an absolute minimum of three training days a week. It is more desirable to have a routine averaging 4 to 5 days per week. There is no need to do any more than the desirable volumes mentioned above – Every kilometer done above the recommended distances increases the risk of injury – Leave the bigger distances to more experienced runners who have a year or two of regular running behind them. In regard to the Sunday long run there is no great need to run more than 15 or 16km. This distance done reasonably regularly would be quite enough for the “first timer” to safely negotiate their first half marathon. This distance might take the average beginner around 90mins to 1hr 40min to complete in training – Believe me with a reasonable number of those runs under the belt, the half marathon won’t pose any major problem.



Wish Me LUCK ~ Sayab Biru

Jindrisska First Anniversary Giveaway

Jindrisska First Anniversary Giveaway
"Saya nak menang giveaway ni sebab
... saya nak cuba nasib badan ,
 hope saya menang!!"




always think +ve ** Im try hard**~ sayap biru

Restoran di arahkan tutup!

Salam & Morning Uols

Terkejut mak!!

Semalam dapat wassap dari kawan..
Terkezut kejap, bila wassap tu berbau begini

" info.Bahagian Halal Jab.agama... Isnin 13/4 .. operasi bersama jab. kesihatan mendapati restoran berikut di arahkan tutup kerana keadaan kedai & makanan kotor .. antara kedaibya : Johan seafood, senawang (bersebelahan petronas), JUARA char Keow Tiow & Arrobah Maju (Senawang)"

mau idoknya saya terkejut! saya selalu juga lah before diet makan kat JUARA (Johan sekali je saya pernah pergi teman kawan jumpa kawan & Arrobah xpernah cuba sekali pun) .. tapi search tenet tak dok pun berita berkenaan , hope ini buakan satu fitnah ..

pagi tadi lalu lalang kat blog Abg Kie kebetulan pula dia cerita pasal penyediaan makanan, bersesuaian sangat lah buat pengusaha makanan kini. Jangan tangkap muat je, bila bagi orang makan sebab itu jadi darah daging kita.

moga cerita berkenaan tidak benar ~ Sayap Biru 



Sunday, April 12, 2015

Its My Birthday!

Alhamdulillah 
cukup 34 tahun, 
tua dah hambo, 
masih single, 
masih tercari-cari arah tuju 


 
Advance Birthday treat from My frend ~ Mai ..Love it!
Wishes from Emak & Ayah juga
Mak Mesej, tapi tak lepas mesej nya dia siap call .. hehehhe sweet je *hp abis bateri plak, bukan tak cas tapi bateri dah kembang*

Ayah wished via kakak (xtau lah sama ada, ayah ada # saya atau x) & also via my FB

Other from my friends in FB and of cause from my office ladies (actually mommies) wassap!! 

Moga Doa kalian yang baik-baik itu di makbulkan olehNya .. Aamiin ~ Sayab Biru

Saturday, April 11, 2015

Cantik, Selesa, Mudah & Murah

Cantik tak ?
Limited Stok 
Bukan Saya menjual 
Saya nak share sahaja .. 

Saya dapat beli 2 Design ...
memang selesa, & cantik 
serta lebih murah dari yang berjenama tu .. 
Qualiti pun sama dengan yang berjenama RM50 sehelai tu 

1st time beli Instant Shawl 
Mai pun jenis yang susah nak beli Instant Shawl 
Sebab kami lebih mementingkan keselesaan 

Sila lah Tau 
Saya adalah buyer yang banyak songeh
cuma tak best 
It Is So Limited
Siapa Cepat Order Dia Yang Dapat 

Design 1

Design 2

Design 3
Tengah Target & dah Ordered Design 3 ni
Color 8 & 13




Cantik dipandang, selesa memakai ~ Sayap Biru



Thursday, April 9, 2015

Semakin Seriau

Nowadays semakin banyak cerita berkenaan rompakan & samun yang melibatkan pembonceng motosikal, 
sampaikan saya kini feeling x nak balik lunch hour ke rumah untuk berehat .. terpaksalah lepak di peabat atau berhabis duit makan di luar bersama rakan-rakan 

Jenayah kini semakin berleluasa .. kita harus lebih membuka mata dari setiap sudut yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita atau yang boleh menarik perhatian mereka si pencopek ni mendekati & memerhatikan kita dari jauh ..

Seriau bila nampak motosikal lalu di depan , tepi kereta saya , tambah seriau juga bila pergi bank, ada si abang sorang ni dengan topeng & helmet dia masuk dalam bank .. huh! macamana lagi lah nak menegur mereka ni, kenapa lah x ada langsung sikap hormati orang lain , mereka yang seperti ini boleh di kategorikan sebagai kurang ajar kan ?! bukankah seeloknya di buka helmet & topeng tu?

Sungguh Ranggi pakaiannya

ni lah motor yang abang ni pakai

Wednesday, April 8, 2015

Ribut

Apa yang berlaku semalam area 7 pm ..
Hujan yang memang sangat lebat sehingga siaran Astro di rumah saya tergendala ..
namun tiada apa yang saya sangka kan, kerana hujan lebat seperti hari-hari yang sebelumnya sahaja ..


Apa yang Allah ingin tunjukkan, moga kita semua dibawah lindungan Nya ..
Tiada dalam sangkaan saya, tapi inilah yang berlaku sekitar kawasan Senawang, Seremban.







 Picture credit to rakan-rakan wassap yang share the moment.




Berbaik sangka dengan ketentuanNya buat kita renung-renungkan , Sayab Biru.

Wednesday, April 1, 2015

1st April 2015

Hari ni bermula bulan kita melangkah ke alam GST
banyak komen yang kita dapat lihat, baca tentang GST
blogs, wassap, message dan lain-lain ..

Nak komen banyak pun tak guna, sebab semuanya dah termetrai dalam perlaksanaan PM
Only what can we do is ....

Sedikit pengenalan berkenaan GST semasa saya mendapat training dari pengurusan,

Negara Asia pertama yang melaksanakan GST adalah Indonesia
Mengapa mereka boleh tapi kita tidak boleh?
Sure kita jawab (saya pun jawab benini juga) banyak sebab kenapa tak boleh, tapi untuk apa kita bagi sebab , tiada siapa yang dengar.

Apa yang boleh kita lihat gaya hidup di Indonesia secara kasarnya after GST di laksanakan?
  - Jurang antara kaya & miskin sangat ketara
  - Kadar matawang yang sangat rendah
  - Lebih ramai menghadirkan diri mencari rezki di negara jiran terutama ke Malaysia

Ini sekadar mata kasar, mungkin ada yang kita tak nampak dari segi kebaikannya .. kita belum nampak sebab kita tak berada di tempat mereka , dan tentunya sebab kita belum sepenuhnya merasainya ...

+ve kan saya ~ Sayap Biru 




Tuesday, March 24, 2015

Profesionalisme

Salam semua!!
hari berkerja dalam keadaan yang agak tenang, fikiran tidak pula melayang, tapi ada masa sedikit updatekan cerita hari ini.Walau keadaan agak tertekan dengan  1 situasi ni, tapi saya berjaya *rasanyalah! * menghadapinya dengan tenang. Alhamdulillah.


Macamana yea nak mulakan , nanti dikatakan mengumpat, salah taip pulak di katakan fitnah. Subhanallah ...
Kita cuba elakkan lah ye.

ha! seperti tajuk, apa yang kita fikirkan sebenarnya? dalam pekerjaan keikhlasan bekerja kerana Allah itu adalah yang utama. Barulah setiap yang kita lakukan ni akan mendatang Rahmat daripada-Nya. Ye tak ?

Pada saya, bila kita menjawat sesuatu jawatan itu, kita sudah perlu ada sifat profesional ini dalam diri kita, terutama dengan jawatan yang terang-terang kita tahu dan memang kita jawat pada ketika itu.

Atas advised dari seorang prof yang menegur rakan sekerja saya suatu masa lalu selalu saya ingati & pegang. Di mana pun kita bekerja adalah penting buat kita 100% tahu details company kita bekerja itu & ofcause kerja-kerja yang di jawat oleh kita. Tiada alasan untuk berkata "saya baru bekerja di sini semalam" atau " saya budak baru lagi". Terutamanya kita di jawatan yang lebih tinggi dari seorang operator pengeluaran atau jawatan pembantu *pembantu tak lah rendah mana, kira tinggi dah zaman sekarang, kelulusan diploma pun dah jadi pembantu, bukan SPM/PMR macam dulu*.

from Google Ji

Ingat tu, jika anda berjawatan dan punyai orang bawahan tiada alasan untuk menyatakan "saya orang baru di sini" + maki hamun sumpah seranah sebagainya dengan tugas-tugas yang diberikan, tetapi harus lah memberikan penyelesaian yang sewajarnya dan menunjukkan betapa anda layak memegang jawatan itu.

Annoying dengan lagak seseorang , education & pengalaman sehingga ke Yaman , tapi ...

~daaaa -Sayap biru 



 

First Giveaway By Aishah Badrulhisham

Hadiah:
Hadiah-hadiah Misteri x 5 Pemenang
Mula: 20 Mac 2015  // Tamat: 3 April 2015


Nak Join Click Sini atau Banner !!
^_*

 Hadiah: Hadiah-hadiah Misteri x 5 Pemenang  Mula: 20 Mac 2015  // Tamat: 3 April 2015



Wit Wit!! ~ 
~Sayap Biru 

Monday, March 16, 2015

Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih

As-Salam

[Sila Klik Banner Diatas If Nak Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang

Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015



"Segmen Bloglist untuk Blog CH"



Syarat-syarat

1. Follow blog Ceritera Hidup
2. Copy banner & link kan ke blog Ceritera Hidup
3. Tinggalkan link blog anda di bahagian komen blog Ceritera Hidup
4. Tarikh tutup pada 1 April

Chill babes!

ni cerita semalam
sedang saya melepak di rumah dengan aman nya
tetiba sahabat bertanya .. soalan yang tak pernah dia tanya saya.
tergamam dan tersenyum seketika saya masa tu .

Selalunya saya yang bising dan bertanya soalan berkenaan kepada dia,
dengan tenang dan senyuman ** memang tu je yang dia selalu bagi je pun, kalo saya persoalkan apa-apa ..**  "Ishk tak baik mempersoalkannya, itu kan ketentuan Allah, kita berserah sahaja pada Dia"

Kali ni ayat yang sama saya berikan, dan senyuman je  lain, sebab terkejut , so senyuman saya sengih kerang busuk ar .. hihihihi

Hai lah sahabatku , lucu sekali bila dia begitu ...
pelik pulak ni, selalu hari minggu begini awal pagi dah melepak rumah emak dia .. mungkin kerana hati nya gusar lah tu , sian sahabat.

Benar sahabat, kita sama-sama tunggu ketentuan Allah, saya fahami persoalan dan perasaan itu, bila mana kita mula mempersoalkannya. Tapi inilah kehidupan & Qada' Qadar yang ditentukanNya.

"Bila kita nak kawin ni?" ^_^ Sayap Biru 

Sunday, March 15, 2015

Asam Pedas Untuk Dia

Untuk musim sekarang, setiap sabtu dan ahad Pukul 7 malam saya melayan Drama@Novel ni. Rasa santai di hari minggu tu memang kene dengan intipati cerita yang berbentuk kekeluargaan yang santai.

tapi sejak dah peringkat tengah ni, dah semakin mengarut ceritanya, dan sangat slow , asyik-asyik ulang yang itu sahaja .. rahsia perkahwinan Ainin & Ziyad, bila orang menggoda Ainin tau lak xcemburu & bertengkar .. ulang benda yang sama di beberapa episod sehingga lah semalam. huh!! bored~~~

Now, if saya bosan dimalam minggu tak buat apa-apa baru lah tercongok depan TV3 tu ... bored pun tak boleh nak buat paa, itu je yang adanya ...

Saya tengah cari baby Ecah ni siapa yer .. admired la dengan kecomelan & bijaksana dia berinteraksi dengan pelakon rasa hidup scenes tu bila dia menyapa!! ^_^

Sunday, March 8, 2015

Al - Fatihah

Kini setahun genapnya kehilangan MH370 , memberikan seribu tanda tanya dan menimbulkan pelbagai reaksi kepada setiap pihak dari seluruh dunia.

Segalanya kita serahkan kepada DIA yang Maha Mengetahui, doa yang baik-baik buat mereka yang terlibat, takziah kepada ahli keluarga mangsa.

Petang tadi juga dikhabarkan berita pemergian Harun Salim Bachik, 55 years old.

Jangan pernah kita berhenti mendoakan mereka -  Sayap Biru.

Friday, March 6, 2015

GST (Government Service Tax)

hari ni saya ada training atau lebih tepat pencerahan berkenaan GST. How it works.
ada beberapa peringkat yang melibatkan GST ni, setiap peniaga yang di kenakan 6% GST 
TETAPI mereka boleh claim balik amount tu pada government! jika mereka adalah yang berdaftar dengan govern. 

BUT WHY THEY ALL SUKA2 NAIKKAN HARGA!!!????
KENAPA THE END KITA CONSUMER YANG MENAGGUNGNYA?? 
MEREKA TAK ADA EFFECT APA2 OK!
Kecuali mereka tidak berdaftar pada government thats the way to cover back the 6% of their capital.
how about ours? Gaji tak naik hokay!!.

Situasi yang saya sendiri alami .. 
antara yang paling jelas!!

 

Belum lagi bermula okay!!

tapi dah ada yang update price GST katanya ...

Ini pengalaman saya sendiri , Uncle Jack di Giant Senawang tempat biasa saya datang,
di kala ketagihkan nasi ayam yang dalam budget saya ,
dikala tengah bulan yerlah gaji kerani sahaja seperti saya yang cukup-cukup sahaja ni,
RM 5 untuk set B *sebelom service tax la kan *
** memang sangat membantu lah .. tetapi pada 25 Dec 2014 harganya .. belum masuk tax lagi .. seperti gambar di bawah**

harga sebelum & pada 25 Dec  2014


Di mana hak kita sebagai pengguna??
Tak nampak ke kami di buli ??
Ada ke pihak berwajib yang ditubuhkan untuk membantu memantau kenaikan harga yang semakin menjadi-jadi?

Huh!! ~Sayap Biru




Wednesday, March 4, 2015

carilah ..Tak Kacak! Tak Kaya ! Tak Apa ...

ntara ciri-ciri yang menjadi pilihan seorang wanita @gadis dewasa, yang berkerjaya, yang masih belum berkahwin, matang @ lebih memikirkn masa hadapan @ mati. *saya lah tu , dan rakan-rakan yang lain juga, itu pasti!*


Sungguh terkesan apabila mengamati duniawi kini, perkahwinan itu di jadikan batu loncatan waima asbab semata-mata untuk keluar dari nafsu or mengurangkan maksiat semata , namun lupa bahawa tugasnya mendirikan masjid itu adalah untuk membina tembok besar yang lebih kukuh untuk mempertahankan agamanya. * saya sering berada takut dan sedih dengan khabar yang diterima tentang perkahwinan, walau di katakan rezki setiap orang berbeza , namun naluri untuk mempunyai ahli keluarga seperti mereka amat kuat, yea masih belum jodoh , kerana Allah maha mengetahui.*


Lebih membuatkan saya cekal lagi pabila terbaca entry dari kak mia  , jom baca lagi tajuk arini ..


CARILAH LELAKI YANG MAMPU JADI IMAM

Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.

Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.

Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.

Apa peranan imam dalam solat?

Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.

Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?

Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.

Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.

Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.

Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.

Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.


PERKAHWINAN


Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.

Ia perjanjian sampai mati.

Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.

Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.

Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.

Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.

Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.

” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”

Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.

Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?

Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?

Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?



MENCARI SEORANG IMAM


Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.

Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.

Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.

Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.

Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.

Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?

Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.

Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.


Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.

Saya geleng kepala.

Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.

Pun begitu, saya suka mencadangkan.

Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.

Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.

Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.


MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG


Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.

Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.

Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.

Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.

Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.

Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.

Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.


ASALKAN DIA BAIK ?


Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.

Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.

Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.

Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?

Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.

Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.

Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.

Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.

Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.

Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?

Buatlah pilihan dengan bijak.

Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.


“CARILAH”

LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,

Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT

KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,

Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT

BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .

JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA

BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA..

namun zaman GST kini harus lah mereka berpendapatan yang sejajarkan .. hai lah Sayap Biru.









Melting Scene

Pada ketika ni , di TV3 memang berhantu pukul 7. Siaran drama novel kali ini memang betul-betul mengasyikkan. Iklan tak banyak, rasa lama dan sangat teruju setiap scene yang keluarkan.

Memang melting lah episod arini Episod 12 kut. Gabungan pelakon yang tepat dan memang menghidupkan watak. Even si Adam punya watak menjadi pujaan saya, andai ada sahabat yang begitu hebat mana mungkin ada antara kita yang bersedih lama kan?

Tak sabar nak tunggu esok ..



Tuesday, March 3, 2015

Hati Rasa Gembira

ALHAMDULILLAH
Pertamanya ucapan gembira yang sempat saya lafazkan untuk kegembiraan saya ini. tak da lah apa pun yang menggembirakan, tak lah besar mana pun, sekadar jobstreets update je.

Sampaikan Hayatun dengar dan bertanya kenapa kepada saya. itu dah melambangkan saya sangat kuat mengucapkannya dengan kuat lah kan? Atau kerana dia ni memnag "telinga gajah". Yerlah saya di cubicle Suhaida bercakap pun dia boleh dengar, lagi lawak dia ni waktu itu cara saya bercakap adalah berbisik dengan Suhaida. **jarak tempat kami tak lah jauh mana beza 2 cubicle sahaja - cubicle standard size**

2 company yang saya hantar resume telah menerima & sedang review resume saya. Tak da apa sangat. Tapi saya syukur la juga, ada sedikit peluang sedang di buka buat saya.

Pesan Hayatun, dah boleh start solat hajat. InsyaAllah moga Allah mempermudahkan.

Rezeki, ajal, maut , jodoh semuanya datang daripada Allah.

Selalunya berita gembira saya hanya akan shared dengan sahabat tapi beliau sangat busy buat masa ini.

Terbang dengan penuh kegembiraan, moga ianya penerbangan yang mendamaikan Sayap Biru.

Sunday, March 1, 2015

Find out more Infomation

The day saya , Mai and Awin berjumpa mentor untuk project kami, saya bercadang mendapatkan info lebih lagi berkenaan promotion 1 month di celebrity fitness. Mulanya memang saya nak call sahaja, tapi macam lambat and tak ada masa. Buzy lah sangat kan?!  Honestly saya sedang belajar untuk tidak mengeluarkan wang yang banyak untuk diri sendiri. Orang banyak hutang , macam ini lah.


Asking for the groupon offered. Young lady name Shasha, was consult me for the groupon offered.
But then, she offered me the trial for free in 5 days to use all the equipment and facilities, plus give 1 training free with personal trainer. to feel the facilities before I bought the Groupon. Gila tak ambil!! ..

But I am asking for many times,tak jadi masalah ke , dah buat trial then guna groupon pulak? "Tak ada masalah akak, sebab akak boleh rasa dulu seronok di sini. then akak redeem groupon."


Will see soon , excited to start it , Sayap Biru

Monday, February 23, 2015

Test and try

Terjumpa promotion ni , dari cekebrity fitness , lama dah tak bukak groupon. Saya survey dulu, tanya pada kawan-kawan yang penah join kelab ni. Majoriti sangat berpuas hati, terutama mereka yang kaki gym. But I am not, nak cuba-cuba merasa hidup orang-orang kaya , kira ok lah kan.

Well, sebelum beli , baca T&C first, then call them , kadang- kadang online T&C  ni bukan boleh percaya 100%. Caused sometimes there is hidden T&C or mungkin kita terlepas pandang membacanya.



Friday, February 20, 2015

Public Holiday 2 days - Excited!!

Apalah aktiviti yang boleh dibuat apabila tiba cuti umum untuk meraikan perayaan bangsa lain selain daripada tengok TV di rumah kan.

Tapi saya cari awal-2awal dah set time dengan Awin & Mai untuk jumpa di A&W, sepatutnya pagi semalam, atas sebab-sebab yang tidak dapat di tolak Awin, maka dia minta drag ke petang. Oh no! Petang saya dah set minda untuk project lain. ** apalah project saya kan selain duduk depan TV menjana minda, ada project tu modal je lom ada!**

So drag la ke malam after magrib. sejuk sikit, orang pun tak lah ramai sangat & tak lah hingar sangat *hingar is bising , emm betol ke idok?* so sambil makan malam sebijik chiken burger & float , sedapnya tambah lemak & calories di malam hari.

Dalam hal F&B business ni, knowledge aku adalah dalam F&B 20%, Mai 10%, Awin is greater caused she was working in that sector. * abaikan grammer akak yang tunggang langgang, atleast I am trying , boleh complaint di komen kalo ada, saya tak marah * 

Discussion berakhir dalam pukul 10 malam. sebab saya sekarang ni dah tahan nak berjaga lama sehingga lewat malam, kerja yang melambak kat kilang dah sekian, hal-hal dalaman lagi. *Subhahanallah, banyak alasan, sebenarnya segalanya kerana faktor usia, hah!*

Akhir discussion kami, hanya mengulas apa yang kami nak tumpukan. 
Awin have to update her brother regarding our 2nd project to draft our profile.
Make an appointment to meet Awin's "Ehem" Mom's to build our team motivation / open our minded about the business. 

Well, begins is here , Bismillahirahmanirahim

Filing Excited! Sayap Biru.

Thursday, February 19, 2015

Why New?

How to explain?

Salah diri sendiri, terlalu percaya kan sahabat.
Akhirnya yang sakit diri sendiri, simpan jelah, nak marah pun tak boleh sebab salah diri sendiri, semuanya sebab hanya dia lah sahabat saya.**a ah sahabat dunia akhirat, pertama & terakhir**

Saya tak mahu lagi membina kepercayaan pada orang lain, cukuplah dengan seorang sahabat. Kerana itu saya cuma ada dia sebagai sahabat saya. Tak mudah membina hubungan persahabatan sejak di zaman di zaman sekolah. ** kenakalan dia zaman sekolah tak dapat disangkal**

Dia sahabat yang mula-mula sudi bawa saya keluar jalan-jalan di bandar menaiki bas SKN masa tu. 1st time keluar dengan kawan, 1st time juga naik bas sendiri, merayau tanpa parents, heaven but still ingat emak di rumah pasti risau.

1st time pergi pasar malam sendiri, pun dengan dia. Alhamdulillah sangat masa tu ada juga rakan yang sudi berkawan dengan saya. She guide & motivate me to wearing a tudung everytime we going out together.


Kami sangat rapat, pernah berpisah seketika kerana tanggungjawab untuk meneruskan pembelajaran & membina kerjaya. Alhamdulillah berkat usaha dia & doa emak, dia dah berjaya di tahap dia lah setakat ni.
Dah ada rumah sendiri, so proud of you!! **budak nakal zaman sekolah jangan dipandang sebelah mata tau!!** financial planner yang bagus, even she was hated mates subject till she found the right teacher!! Moralnya kecerdikan anak-anak sebenarnya ada juga berpunca daripada siapa yang mengajarnya. This is FACTS!!

Sebabkan  itu, macamana nakal sekalipun dia, saya tetap bersahabat dengan dia, biarlah saya sakit pun, kalau dia sedar, Alhamdulillah. Jika masih nakal lagi, saya sentiasa mendoakan dia, agar terus berjaya dan bahagia dengan arah tujunya. **yerlah saya belom kahwin lagi, belom ada anak untuk di doakan, doakan buat sahabat handai pun bermakna juga kan ??**

Ya Allah,
Syukran for give me truly lovely friendship, moga ianya sehingga ke Jannah.
Ketemukan kami dengan pasangan kami yang juga membawa kami mendiami JannahMu.
Aamiin,

Even its done for 3 times my deary friend, I hope Allah hear me...Sayap Biru.  
 
 

Tuesday, February 17, 2015

Cerita Semalam

Fresh lagi nih,
Otak ligat memikirkan bagaimana saya nak menjana pendapatan yang lebih yang boleh membantu saya  untuk membeli rumah? **down sangat bila tuan rumah sewa, naikkan RM100 sewa rumah tahun ni, gaji tak naik, sebab company kene jual last year now with new owner, minyak naik, barang naik, really down!!**

Benarlah dalam seminar kelmarin,
dah gaji tu 'tang' tu je , susah nak naik tinggi, kene la cari alternatif either kerja baru , atau buat bisnes yang menjana pendapatan bulanan. *Ya Allah, what the slowed I am!!No!! I am Redha, ONLY Redha with my lifelihood @ rezeki that I have* You are really not matured! wake up!!

Semangat apply kerja-kerja kosong yang bersesuaian dengan pengalaman kerja 15tahun lebih ni, membara-bara, turun sedikit jumlah gaji yang saya demand. Selawat & bismillah then send! ada rezki saya InsyaAllah.

Invited by my ex-school mate in whats apps group, "Event Management Business" katanya. Alright!! ini mungkin 1 peluang permulaan membuka sebuah lagi pintu rezeki@ livelihood saya!! Allah dah aturkan semuanya. Dalam group ni ada tiga orang saja. Saya, my best friend@mai & her bestfriend@awin.** poyo betol ayat saya ni!!tapi inilah kenyataan perhubungan kami**

Awin is the head actually, caused the idea was came from her and her ehem-ehem **siaran Sx18**Actually , Awin was working in F&B company, so I accepted the idea just because she had the capability to handle & knowledgeable in her professional field.** hancur je bahasa inggeris ni**

So, next apa yang kita tunggu lagi , deal for meets this weekend @ A& W, Seremban for more details.

Is it working?? Lets Sayap Biru korek lagi apa ada dalam minda Awin's ... Cheers!!

Monday, February 16, 2015

Terus Membina

Subhahanallah
Lagi kuat berdiet , lagi naik berat badan saya
dan lagi banyak lah duit habis sebab berdiet.

Saya berdiet sendiri dengan mengikuti & mempelajari setiap jenis diet ...
antaranya Diet Seimbang saya berjaya!! **saya rasa lah diet seimbang, sebab makan macam biasa, cuma kurang nasi, tapi selalu makan croissant bread plus tuna @ tuna sandwich ler**
aktiviti harian turun naik tangga (sebab rumah sewa 2 tingkat) dan jalan-jalan (sebab keje sambilan pembanci) dari berat 90kg susut sehingga 78kg.

Makan tahun juga la nak mengecilkan diri. tapi tak lama sebab diet ni mengajar saya menjadi seorang pemakan yang pelik-pelik dan sebab kurus susut tu pun tak sengaja, ada banyak sebab yang cenderung kepada kejatuhan harga lemak badan pada masa tu , ngeh ngeh ngeh !!

Keinginan makan yang pelik tu tak lah pelik mana pun, sekadar ala-ala western , japanese, chinese gitue ler,  lain dari masakan dirumah, saya jarang makan di luar sebab mak memang selalu masak, she is housewife. ** my favourite food : telur goreng, makan dengan nasi panas, simbah kicap manis, 2-3 batang cili api sebagai ulam, perghhh!!** antaranya lamb chop, sushi, steamboat, celop-celop, fast food banyak lagi lah , mana-mana yang tak pernah masak kat rumah , itulah dia saya jadi seorang yang suka mencuba sesuatu yang baru!.

Orang kata kalo semua boleh ditelan oleh tekak kita ni, mana-mana dicampak pun kita ni tetap boleh hidup. Tak lah mati kelaparan Si Sayap Biru ni.

Sunday, February 15, 2015

A New Me !

Lepas mengikuti seminar yang membuka minda saya
Saya rasa seperti di lahirkan di usia yang tua,  logik ke ?
tapi yeah I am felt it!!*aku dah buang tebiat ke ni?*

Semangat yang hadir dalam diri saya seperti membuak-buak untuk teruskan kehidupan dengan lebih sihat.
*betol, sebelum ni memang kurang sihat, tak yakin pada diri, minda terbuka tapi mudah tertutup*

Kenapa description blog saya begini ?
Saya punya banyak blog yang dikenali ramai tapi paling ramai pun dalam 90 rakan maya je .. paling sikit 11 rakan maya . Means saya memang orang lama dalam bidang blogging ni, tapi muak dengan konsep yang sama dan berulang-ulang tu. Nak delete semua macam sayang, sudahnya saya simpan saja dalam list. Tunggu masa saja nak delete.

Tambahan pula blog-blog saya tu ibarat "mati segan, hidup tak mahu". *agak kebukuan juga olahan saya di sini, ini lah yang saya mahu sebenarnya, nak buku-buku, cinta buku , eewahh!!*

"Barang yang lama jangan di kenang kan"
kata-kata ini memang boleh membantu , masalah saya cuma saya ni bila tak kenangkan yang lama , lupa segala , akhirnya di sakiti semula. Jadinya terpaksalah saya " kenang-kenangkan, agar pisang tidak berbuah dua kali" walaupun dah 3- kali berbuah ... I'm FAILED with my own life.

Berbalik pada seminar bayar RM50 bila datang dapat RM50 .. free lah kan.
Itu Seminar perumahan yang di anjurkan oleh IJM S2 dan melantik Rohaniahnoor sebagai penceramah pada hari itu.

Seminar yang ringkas selama 2 jam tu, memang tak terasa kerana kelicikan owner  blog www.propertywaltz.com benar-benar menarik perhatian kami. Tak boring & tak rugi walaupun datang sekadar menimba ilmu. Yang bermain diminda saya sehingga kini, berapa yer umur dia? pada yang dah lama kenal dia, boleh lah share dengan tekateki di otak saya ni. *kenapa tak nak tanya sendiri??? tak sampai hati pulak rasanya nak tanya, hehehe**

Strategi jualan yang bernas oleh IJMS2 ni, lepas selesai je seminar 2 jam tu, kami di bawa ke tapak perumahan baru, di Rahang, Seremban. Giler! Memang cantik susun atur yang dibuat, kawasan perumah di atas bukit, memang saya idamkan , sampaikan saya pun terpengaruh untuk membeli, Alhamdulillah tiada kelayakan yang membenarkan saya meneruskan niat saya itu.  

Keseronokan niat untuk membeli tu, saya simpan je dalam hati. Saya perlu gigih mecari jalan lain untuk maju seperti yang diwar warkan dalam seminar tadi .. hihihi .

Gud Luck Sayap Biru!!