Tuesday, March 24, 2015

Profesionalisme

Salam semua!!
hari berkerja dalam keadaan yang agak tenang, fikiran tidak pula melayang, tapi ada masa sedikit updatekan cerita hari ini.Walau keadaan agak tertekan dengan  1 situasi ni, tapi saya berjaya *rasanyalah! * menghadapinya dengan tenang. Alhamdulillah.


Macamana yea nak mulakan , nanti dikatakan mengumpat, salah taip pulak di katakan fitnah. Subhanallah ...
Kita cuba elakkan lah ye.

ha! seperti tajuk, apa yang kita fikirkan sebenarnya? dalam pekerjaan keikhlasan bekerja kerana Allah itu adalah yang utama. Barulah setiap yang kita lakukan ni akan mendatang Rahmat daripada-Nya. Ye tak ?

Pada saya, bila kita menjawat sesuatu jawatan itu, kita sudah perlu ada sifat profesional ini dalam diri kita, terutama dengan jawatan yang terang-terang kita tahu dan memang kita jawat pada ketika itu.

Atas advised dari seorang prof yang menegur rakan sekerja saya suatu masa lalu selalu saya ingati & pegang. Di mana pun kita bekerja adalah penting buat kita 100% tahu details company kita bekerja itu & ofcause kerja-kerja yang di jawat oleh kita. Tiada alasan untuk berkata "saya baru bekerja di sini semalam" atau " saya budak baru lagi". Terutamanya kita di jawatan yang lebih tinggi dari seorang operator pengeluaran atau jawatan pembantu *pembantu tak lah rendah mana, kira tinggi dah zaman sekarang, kelulusan diploma pun dah jadi pembantu, bukan SPM/PMR macam dulu*.

from Google Ji

Ingat tu, jika anda berjawatan dan punyai orang bawahan tiada alasan untuk menyatakan "saya orang baru di sini" + maki hamun sumpah seranah sebagainya dengan tugas-tugas yang diberikan, tetapi harus lah memberikan penyelesaian yang sewajarnya dan menunjukkan betapa anda layak memegang jawatan itu.

Annoying dengan lagak seseorang , education & pengalaman sehingga ke Yaman , tapi ...

~daaaa -Sayap biru 



 

First Giveaway By Aishah Badrulhisham

Hadiah:
Hadiah-hadiah Misteri x 5 Pemenang
Mula: 20 Mac 2015  // Tamat: 3 April 2015


Nak Join Click Sini atau Banner !!
^_*

 Hadiah: Hadiah-hadiah Misteri x 5 Pemenang  Mula: 20 Mac 2015  // Tamat: 3 April 2015



Wit Wit!! ~ 
~Sayap Biru 

Monday, March 16, 2015

Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih

As-Salam

[Sila Klik Banner Diatas If Nak Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang

Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015



"Segmen Bloglist untuk Blog CH"



Syarat-syarat

1. Follow blog Ceritera Hidup
2. Copy banner & link kan ke blog Ceritera Hidup
3. Tinggalkan link blog anda di bahagian komen blog Ceritera Hidup
4. Tarikh tutup pada 1 April

Chill babes!

ni cerita semalam
sedang saya melepak di rumah dengan aman nya
tetiba sahabat bertanya .. soalan yang tak pernah dia tanya saya.
tergamam dan tersenyum seketika saya masa tu .

Selalunya saya yang bising dan bertanya soalan berkenaan kepada dia,
dengan tenang dan senyuman ** memang tu je yang dia selalu bagi je pun, kalo saya persoalkan apa-apa ..**  "Ishk tak baik mempersoalkannya, itu kan ketentuan Allah, kita berserah sahaja pada Dia"

Kali ni ayat yang sama saya berikan, dan senyuman je  lain, sebab terkejut , so senyuman saya sengih kerang busuk ar .. hihihihi

Hai lah sahabatku , lucu sekali bila dia begitu ...
pelik pulak ni, selalu hari minggu begini awal pagi dah melepak rumah emak dia .. mungkin kerana hati nya gusar lah tu , sian sahabat.

Benar sahabat, kita sama-sama tunggu ketentuan Allah, saya fahami persoalan dan perasaan itu, bila mana kita mula mempersoalkannya. Tapi inilah kehidupan & Qada' Qadar yang ditentukanNya.

"Bila kita nak kawin ni?" ^_^ Sayap Biru 

Sunday, March 15, 2015

Asam Pedas Untuk Dia

Untuk musim sekarang, setiap sabtu dan ahad Pukul 7 malam saya melayan Drama@Novel ni. Rasa santai di hari minggu tu memang kene dengan intipati cerita yang berbentuk kekeluargaan yang santai.

tapi sejak dah peringkat tengah ni, dah semakin mengarut ceritanya, dan sangat slow , asyik-asyik ulang yang itu sahaja .. rahsia perkahwinan Ainin & Ziyad, bila orang menggoda Ainin tau lak xcemburu & bertengkar .. ulang benda yang sama di beberapa episod sehingga lah semalam. huh!! bored~~~

Now, if saya bosan dimalam minggu tak buat apa-apa baru lah tercongok depan TV3 tu ... bored pun tak boleh nak buat paa, itu je yang adanya ...

Saya tengah cari baby Ecah ni siapa yer .. admired la dengan kecomelan & bijaksana dia berinteraksi dengan pelakon rasa hidup scenes tu bila dia menyapa!! ^_^

Sunday, March 8, 2015

Al - Fatihah

Kini setahun genapnya kehilangan MH370 , memberikan seribu tanda tanya dan menimbulkan pelbagai reaksi kepada setiap pihak dari seluruh dunia.

Segalanya kita serahkan kepada DIA yang Maha Mengetahui, doa yang baik-baik buat mereka yang terlibat, takziah kepada ahli keluarga mangsa.

Petang tadi juga dikhabarkan berita pemergian Harun Salim Bachik, 55 years old.

Jangan pernah kita berhenti mendoakan mereka -  Sayap Biru.

Friday, March 6, 2015

GST (Government Service Tax)

hari ni saya ada training atau lebih tepat pencerahan berkenaan GST. How it works.
ada beberapa peringkat yang melibatkan GST ni, setiap peniaga yang di kenakan 6% GST 
TETAPI mereka boleh claim balik amount tu pada government! jika mereka adalah yang berdaftar dengan govern. 

BUT WHY THEY ALL SUKA2 NAIKKAN HARGA!!!????
KENAPA THE END KITA CONSUMER YANG MENAGGUNGNYA?? 
MEREKA TAK ADA EFFECT APA2 OK!
Kecuali mereka tidak berdaftar pada government thats the way to cover back the 6% of their capital.
how about ours? Gaji tak naik hokay!!.

Situasi yang saya sendiri alami .. 
antara yang paling jelas!!

 

Belum lagi bermula okay!!

tapi dah ada yang update price GST katanya ...

Ini pengalaman saya sendiri , Uncle Jack di Giant Senawang tempat biasa saya datang,
di kala ketagihkan nasi ayam yang dalam budget saya ,
dikala tengah bulan yerlah gaji kerani sahaja seperti saya yang cukup-cukup sahaja ni,
RM 5 untuk set B *sebelom service tax la kan *
** memang sangat membantu lah .. tetapi pada 25 Dec 2014 harganya .. belum masuk tax lagi .. seperti gambar di bawah**

harga sebelum & pada 25 Dec  2014


Di mana hak kita sebagai pengguna??
Tak nampak ke kami di buli ??
Ada ke pihak berwajib yang ditubuhkan untuk membantu memantau kenaikan harga yang semakin menjadi-jadi?

Huh!! ~Sayap Biru




Wednesday, March 4, 2015

carilah ..Tak Kacak! Tak Kaya ! Tak Apa ...

ntara ciri-ciri yang menjadi pilihan seorang wanita @gadis dewasa, yang berkerjaya, yang masih belum berkahwin, matang @ lebih memikirkn masa hadapan @ mati. *saya lah tu , dan rakan-rakan yang lain juga, itu pasti!*


Sungguh terkesan apabila mengamati duniawi kini, perkahwinan itu di jadikan batu loncatan waima asbab semata-mata untuk keluar dari nafsu or mengurangkan maksiat semata , namun lupa bahawa tugasnya mendirikan masjid itu adalah untuk membina tembok besar yang lebih kukuh untuk mempertahankan agamanya. * saya sering berada takut dan sedih dengan khabar yang diterima tentang perkahwinan, walau di katakan rezki setiap orang berbeza , namun naluri untuk mempunyai ahli keluarga seperti mereka amat kuat, yea masih belum jodoh , kerana Allah maha mengetahui.*


Lebih membuatkan saya cekal lagi pabila terbaca entry dari kak mia  , jom baca lagi tajuk arini ..


CARILAH LELAKI YANG MAMPU JADI IMAM

Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.

Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.

Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.

Apa peranan imam dalam solat?

Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.

Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?

Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.

Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.

Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.

Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.

Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.


PERKAHWINAN


Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.

Ia perjanjian sampai mati.

Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.

Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.

Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.

Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.

Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.

” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”

Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.

Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?

Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?

Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?



MENCARI SEORANG IMAM


Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.

Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.

Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.

Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.

Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.

Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?

Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.

Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.


Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.

Saya geleng kepala.

Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.

Pun begitu, saya suka mencadangkan.

Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.

Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.

Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.


MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG


Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.

Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.

Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.

Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.

Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.

Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.

Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.


ASALKAN DIA BAIK ?


Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.

Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.

Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.

Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?

Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.

Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.

Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.

Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.

Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.

Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?

Buatlah pilihan dengan bijak.

Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.


“CARILAH”

LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,

Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT

KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,

Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT

BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .

JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA

BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA..

namun zaman GST kini harus lah mereka berpendapatan yang sejajarkan .. hai lah Sayap Biru.









Melting Scene

Pada ketika ni , di TV3 memang berhantu pukul 7. Siaran drama novel kali ini memang betul-betul mengasyikkan. Iklan tak banyak, rasa lama dan sangat teruju setiap scene yang keluarkan.

Memang melting lah episod arini Episod 12 kut. Gabungan pelakon yang tepat dan memang menghidupkan watak. Even si Adam punya watak menjadi pujaan saya, andai ada sahabat yang begitu hebat mana mungkin ada antara kita yang bersedih lama kan?

Tak sabar nak tunggu esok ..



Tuesday, March 3, 2015

Hati Rasa Gembira

ALHAMDULILLAH
Pertamanya ucapan gembira yang sempat saya lafazkan untuk kegembiraan saya ini. tak da lah apa pun yang menggembirakan, tak lah besar mana pun, sekadar jobstreets update je.

Sampaikan Hayatun dengar dan bertanya kenapa kepada saya. itu dah melambangkan saya sangat kuat mengucapkannya dengan kuat lah kan? Atau kerana dia ni memnag "telinga gajah". Yerlah saya di cubicle Suhaida bercakap pun dia boleh dengar, lagi lawak dia ni waktu itu cara saya bercakap adalah berbisik dengan Suhaida. **jarak tempat kami tak lah jauh mana beza 2 cubicle sahaja - cubicle standard size**

2 company yang saya hantar resume telah menerima & sedang review resume saya. Tak da apa sangat. Tapi saya syukur la juga, ada sedikit peluang sedang di buka buat saya.

Pesan Hayatun, dah boleh start solat hajat. InsyaAllah moga Allah mempermudahkan.

Rezeki, ajal, maut , jodoh semuanya datang daripada Allah.

Selalunya berita gembira saya hanya akan shared dengan sahabat tapi beliau sangat busy buat masa ini.

Terbang dengan penuh kegembiraan, moga ianya penerbangan yang mendamaikan Sayap Biru.

Sunday, March 1, 2015

Find out more Infomation

The day saya , Mai and Awin berjumpa mentor untuk project kami, saya bercadang mendapatkan info lebih lagi berkenaan promotion 1 month di celebrity fitness. Mulanya memang saya nak call sahaja, tapi macam lambat and tak ada masa. Buzy lah sangat kan?!  Honestly saya sedang belajar untuk tidak mengeluarkan wang yang banyak untuk diri sendiri. Orang banyak hutang , macam ini lah.


Asking for the groupon offered. Young lady name Shasha, was consult me for the groupon offered.
But then, she offered me the trial for free in 5 days to use all the equipment and facilities, plus give 1 training free with personal trainer. to feel the facilities before I bought the Groupon. Gila tak ambil!! ..

But I am asking for many times,tak jadi masalah ke , dah buat trial then guna groupon pulak? "Tak ada masalah akak, sebab akak boleh rasa dulu seronok di sini. then akak redeem groupon."


Will see soon , excited to start it , Sayap Biru