Tuesday, April 28, 2015

Zaman Berlalu

Ingat lagi zaman persekolah,
Emak saya selalu ada bila saya pergi ke sekolah
dan balik dari sekolah

Emak sentiasa ada di menanti anak-anaknya di rumah
Bila emak melarang saya tahu emak tidak suka
Saya tahu emak cuba melindungi
Saya tahu itu semua ada kebaikan yang tersirat yang tidak kita ketahui

Ingat lagi di zaman sekolah,
Bila balik dari sekolah
Emak selalu melarang adik , kakak , atau abang keluar dari rumah
Bila hilang dari pandangan, mulut mak tak henti membebel
Saya tahu emak risau, saya tak mahu mak risau dan saya maka hanya akan tinggal di bilik saya

Zaman sekolah dahulu
Saya dah faham mak tak suka itu & ini
Apa yang adik, kaka, abang lakukan
Saya turuti agar saya bukan lah antara penyebab kepada kemarahan emak
Saya cuba jadi baik

Di sekolah saya di pilih sebagai ketua pengawas,
Emak melarang untuk berjawatan besar
Sebab takut saya terlepas pandang pelajaran
Saya turuti , dan akui saya bukan lah pandai sangat , nak memegang jawatan apatah lagi

Zaman sekolah saya tak ada yang indah sangat
Sebab hidup saya pergi sekolah , dan balik sekolah
Berkawan di sekolah hanyalah di sekolah
Dan di rumah, jiran-jiran yang sudi berkawan baru saya berkawan
Naif pulak bila di kenangkan
Sebab saya tahu emak tak suka , tapi adik beradik lain tak peduli
Tapi saya tak mahu mak susah hati , saya turuti jua

Kini saya uruskan diri saya sendiri
Saya harap semua ni sebab Emak percayakan saya
Sebab saya pandai jaga diri since zaman sekolah lagi
Sebab saya telah dilatih apa yang boleh apa yang tidak
Tapi dalam zaman sekolah hanya satu sahaja tak berubah

Sahabat tetap dia seorang
Walau mak tak suka
Sahabat tetap datang menziarah saya
Hahahaha ... kelakarlah sahabat saya
walaupun hidup saya membosankan bagi pandangan mata rakan-rakan lain
tapi dia tetap cari saya sehingga kini ...


Duhai sahabat , moga dikaulah pilihan-Nya buat saya ~ Sayap Biru 


Monday, April 27, 2015

Yang Terindah

Saya bahagia bila sahabat saya di sisi saya
Saya antara yang orang yang beruntung memiliki sahabat sebaik sahabat saya
Sepatutnya saya sahare bersahabat dengan semua orang
Yang saya punyai sahabat seperti dia
Agar semua orang boleh merasai sahabat seperti yang saya ada

Saya takkan lagi tidak mengindahkan sahabat saya yang sorang ni
Sebab bila saya keseoranagn dia datang dan mengingatkan saya akan Allah
Bila saya sendirian Allah datangkan dia untuk menyenangkan saya
Bila saya kebuntuan dan dahagakan kasih keluarga saya
Dia datanag menyerikan bersama ahli keluarganya

Ya Allah ,
Kenapalah permainan syaitan sangat membutakan hati & mata saya
saya bermohon agar semua ini terang benderang di mata saya selamanya

Alangkan indahnya jika ahli keluarga saya juga memiliki dia
Sepertimana saya miliki sahabat saya sekarang ini ...

Ya Allah lindungilah sahabat saya ,
Berikanlah dia ketenangan di dunia & di akhirat Mu
Jauhilah sahabat saya daripada segala kejahatan di dunia oleh makhlukMu
Peliharalah dia dari azab di akhirat kelak

Kurnikan dia RahmatMu Ya Allah
Sesungguhnya hanya padaMu tempat ku meminta

Buat Sahabat ku & ahli keluargaku jua ..

Tiada yang kedua buat sahabatku ~ Sayap Biru
 

Thursday, April 16, 2015

Where to Begin

Google Ji ~ Its looks Like Me ^_^.. On My Way!!

 Source from Runnerworld
(Repeat each sequence three times, for a total of 30 minutes.)
Week 1: Run 5 minutes, walk 5 minutes
Week 2: Run 6 minutes, walk 4 minutes
Week 3: Run 7 minutes, walk 3 minutes
Week 4: Run 8 minutes, walk 2 minutes
Week 5: Run 9 minutes, walk 1 minute
Week 6: Run 30 minutes

Hope this can helps me!!
Semangat lagi! dan teruskan membakar ~ Sayab Biru


Wednesday, April 15, 2015

Run for 20KM



Semangat makin membara!!
With the heavy weight right now I felt like I cant!
But now pushing myself to become more positive!
 
1st - Set for the competition
2nd - Invite friends ( I'm organised for my office mate)
3rd - Motivate / Training





Beginners: 30Km per week minimum with 40/45 Km per week desirable – There should be an absolute minimum of three training days a week. It is more desirable to have a routine averaging 4 to 5 days per week. There is no need to do any more than the desirable volumes mentioned above – Every kilometer done above the recommended distances increases the risk of injury – Leave the bigger distances to more experienced runners who have a year or two of regular running behind them. In regard to the Sunday long run there is no great need to run more than 15 or 16km. This distance done reasonably regularly would be quite enough for the “first timer” to safely negotiate their first half marathon. This distance might take the average beginner around 90mins to 1hr 40min to complete in training – Believe me with a reasonable number of those runs under the belt, the half marathon won’t pose any major problem.



Wish Me LUCK ~ Sayab Biru

Jindrisska First Anniversary Giveaway

Jindrisska First Anniversary Giveaway
"Saya nak menang giveaway ni sebab
... saya nak cuba nasib badan ,
 hope saya menang!!"




always think +ve ** Im try hard**~ sayap biru

Restoran di arahkan tutup!

Salam & Morning Uols

Terkejut mak!!

Semalam dapat wassap dari kawan..
Terkezut kejap, bila wassap tu berbau begini

" info.Bahagian Halal Jab.agama... Isnin 13/4 .. operasi bersama jab. kesihatan mendapati restoran berikut di arahkan tutup kerana keadaan kedai & makanan kotor .. antara kedaibya : Johan seafood, senawang (bersebelahan petronas), JUARA char Keow Tiow & Arrobah Maju (Senawang)"

mau idoknya saya terkejut! saya selalu juga lah before diet makan kat JUARA (Johan sekali je saya pernah pergi teman kawan jumpa kawan & Arrobah xpernah cuba sekali pun) .. tapi search tenet tak dok pun berita berkenaan , hope ini buakan satu fitnah ..

pagi tadi lalu lalang kat blog Abg Kie kebetulan pula dia cerita pasal penyediaan makanan, bersesuaian sangat lah buat pengusaha makanan kini. Jangan tangkap muat je, bila bagi orang makan sebab itu jadi darah daging kita.

moga cerita berkenaan tidak benar ~ Sayap Biru 



Sunday, April 12, 2015

Its My Birthday!

Alhamdulillah 
cukup 34 tahun, 
tua dah hambo, 
masih single, 
masih tercari-cari arah tuju 


 
Advance Birthday treat from My frend ~ Mai ..Love it!
Wishes from Emak & Ayah juga
Mak Mesej, tapi tak lepas mesej nya dia siap call .. hehehhe sweet je *hp abis bateri plak, bukan tak cas tapi bateri dah kembang*

Ayah wished via kakak (xtau lah sama ada, ayah ada # saya atau x) & also via my FB

Other from my friends in FB and of cause from my office ladies (actually mommies) wassap!! 

Moga Doa kalian yang baik-baik itu di makbulkan olehNya .. Aamiin ~ Sayab Biru

Saturday, April 11, 2015

Cantik, Selesa, Mudah & Murah

Cantik tak ?
Limited Stok 
Bukan Saya menjual 
Saya nak share sahaja .. 

Saya dapat beli 2 Design ...
memang selesa, & cantik 
serta lebih murah dari yang berjenama tu .. 
Qualiti pun sama dengan yang berjenama RM50 sehelai tu 

1st time beli Instant Shawl 
Mai pun jenis yang susah nak beli Instant Shawl 
Sebab kami lebih mementingkan keselesaan 

Sila lah Tau 
Saya adalah buyer yang banyak songeh
cuma tak best 
It Is So Limited
Siapa Cepat Order Dia Yang Dapat 

Design 1

Design 2

Design 3
Tengah Target & dah Ordered Design 3 ni
Color 8 & 13




Cantik dipandang, selesa memakai ~ Sayap Biru



Thursday, April 9, 2015

Semakin Seriau

Nowadays semakin banyak cerita berkenaan rompakan & samun yang melibatkan pembonceng motosikal, 
sampaikan saya kini feeling x nak balik lunch hour ke rumah untuk berehat .. terpaksalah lepak di peabat atau berhabis duit makan di luar bersama rakan-rakan 

Jenayah kini semakin berleluasa .. kita harus lebih membuka mata dari setiap sudut yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita atau yang boleh menarik perhatian mereka si pencopek ni mendekati & memerhatikan kita dari jauh ..

Seriau bila nampak motosikal lalu di depan , tepi kereta saya , tambah seriau juga bila pergi bank, ada si abang sorang ni dengan topeng & helmet dia masuk dalam bank .. huh! macamana lagi lah nak menegur mereka ni, kenapa lah x ada langsung sikap hormati orang lain , mereka yang seperti ini boleh di kategorikan sebagai kurang ajar kan ?! bukankah seeloknya di buka helmet & topeng tu?

Sungguh Ranggi pakaiannya

ni lah motor yang abang ni pakai

Wednesday, April 8, 2015

Ribut

Apa yang berlaku semalam area 7 pm ..
Hujan yang memang sangat lebat sehingga siaran Astro di rumah saya tergendala ..
namun tiada apa yang saya sangka kan, kerana hujan lebat seperti hari-hari yang sebelumnya sahaja ..


Apa yang Allah ingin tunjukkan, moga kita semua dibawah lindungan Nya ..
Tiada dalam sangkaan saya, tapi inilah yang berlaku sekitar kawasan Senawang, Seremban.







 Picture credit to rakan-rakan wassap yang share the moment.




Berbaik sangka dengan ketentuanNya buat kita renung-renungkan , Sayab Biru.

Wednesday, April 1, 2015

1st April 2015

Hari ni bermula bulan kita melangkah ke alam GST
banyak komen yang kita dapat lihat, baca tentang GST
blogs, wassap, message dan lain-lain ..

Nak komen banyak pun tak guna, sebab semuanya dah termetrai dalam perlaksanaan PM
Only what can we do is ....

Sedikit pengenalan berkenaan GST semasa saya mendapat training dari pengurusan,

Negara Asia pertama yang melaksanakan GST adalah Indonesia
Mengapa mereka boleh tapi kita tidak boleh?
Sure kita jawab (saya pun jawab benini juga) banyak sebab kenapa tak boleh, tapi untuk apa kita bagi sebab , tiada siapa yang dengar.

Apa yang boleh kita lihat gaya hidup di Indonesia secara kasarnya after GST di laksanakan?
  - Jurang antara kaya & miskin sangat ketara
  - Kadar matawang yang sangat rendah
  - Lebih ramai menghadirkan diri mencari rezki di negara jiran terutama ke Malaysia

Ini sekadar mata kasar, mungkin ada yang kita tak nampak dari segi kebaikannya .. kita belum nampak sebab kita tak berada di tempat mereka , dan tentunya sebab kita belum sepenuhnya merasainya ...

+ve kan saya ~ Sayap Biru