Friday, June 17, 2016

Hati Gelisah

Subhanallah
Sungguh hati aku kehancuran semalam
di awal pagi menerima wassap dari ayah ..yang jauh
di awal pagi tu membuat aku gundah-gulana ..
yang mampu aku lakukan semalam hanyalah
Istighfar dan bermohon pada Allah segalanya ..
kerana Dia sahaja yang mengetahuinya ..

Alhamdulillah kehancuran itu aku biarkan ianya berlalu pergi ..
dengan izinNYa

Hari ini ..
kembali digilis kerisauan
bila menerima SMS dari emak pula
juga di awal pagi ...

ku tenang kan diri dengan berserah diri padaNya
agar dilapangkan hati dan dikuatkan iman ku padaNYA
yang satu , yang berkuasa, yang menentukan segalanya

Aamiin , Aamiin ya Rabbal al Aamiin ..

Sesungguhnya kisah ustaz Yusuf Mansur lebih mengusik kalbu ku ...

Thursday, June 16, 2016

Miliki Shawl Exclusive by Papaglamz Secara Percuma

Assalamualaikum semua. Dengan ini PapaG lancarkan satu segmen Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA. Siapa nak angkat tangan. Untuk pengatahuan semua baru-baru ini Papaglamz telah melancakan Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz (klik disini).  Pelancaran Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz ni akan dapat membantu anda dalam membuat pemilihan shawl yang cantik, glamour, exclusive dan menarik untuk anda gayakan. Lebih-lebih lagi nak raya ni kan?



Korang nak cuba Shawl Exclusive By Papaglamz secara PERCUMA? Mudah je. Jom join segmen yang PapaG buat ni. Klik kat banner di atas tu yer.

Warna-warna pilihan koleksi terbaru shawl exclusive by Papaglamz

Baiklah, terlebih dahulu PapaG cerita sedikit tentang konsep shawl yang terbaru dari Papaglamz ni dulu yer. Sebenarnya koleksi kali ini menampilkan shawl yang mempunyai potongan asas segi empat tepat. Ukuran panjang dan lebar lebih kurang 190cm X 80cm. Semoga shawl yang PapaG keluar ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah. 

Dalam pemilihan material, kami menggunakan kain Chiffon Glitter. Antara sebab PapaG menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang nampak lebih Glamour dan anggun pada si pemakai serta MUDAH BERALUN yang penting TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu, untuk koleksi kali ini PapaG tampilkan KHAS satu shawl yang warnanya LIMITED. Sebab hanya SATU warna sahaja shawl yang diperbuat dengan menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Bagi mereka yang dah mencuba koleksi shawl PapaG yang lepas tentu tahu bagaimana CANTIK dan SELESAnya memakai shawl PapaG yang menggunakan kain jenis ni kan? Jadi buat mereka yang merindui shawl PapaG dibuat dari kain jenis ini korang boleh grab dalam koleksi terbaru ni. Tapi SATU WARNA je la iaitu Musted Yellow.

Terdapat 7 warna berbeza yang korang boleh lihat seperti gambar yang PapaG tunjukkan di bawah ni.

wide-shawl-exclusive







Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari kami, jadi kami menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.

1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage 

CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!

Wassap : 0196141393

Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau.

Ig : exclusive_by_papaglamz
FB : Papaglamz
Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz


Ramadhan Kareem

Assalamualaikum...
Lama dah tak bertandang di atas teratak A New Me! ni

Tak de idea .. walau banyak benda yang boleh dikongsikan bersama
dan satu lagi tak de masa nak menaip dan berdiskusi dengan laman maya ...

Alhamdulillah berjumpa lagi Ramadhan tahun ini ...
bagaimana la perjalanan kalian di bulan Ramadhan ni kan ??.

Saya biasa-biasa sahaja
namun sesuatu yang kuat di hati menanti kunjungannya ...
kesulitan kesihatan tidak dapat saya menjejakkan kaki ke Masjid-masjid berdekatan untuk berjemaah terawih , dan bertadarus al-Quran :(

Kuat sangat kat ati ni nak menghafaz al-Quran
tapi bacaan, tajwid & makhraj masih banyak yang perlu diperbaiki
kelas pun dah tak dapat nak pergi sebab kesihatan tidak mengizinkan
tambahan pula sekarang kerja KL ...
kengkangan masa amat dirasai ..
nak mengeluh tak bagus kan sebab Dia dah tentukan ke mana kita ..
yang penting terima qada' dan qadar Nya dengan penuh keikhlasan dan hati terbuka ..

Sepanjang di KL selalu mendengari ceramah Ustaz Yusuf Mansor di UTube...
banyak pengajaran dan ilmu yang diperolehi ..
tak jemu memperdengari nya , pendekatannya lebih kepada hafazan Al Quran ..
cubalah rakan maya ikutinya ...