Saturday, January 28, 2017

Wasiat


Buat Kakandaku Adawiyah,

Daku berwasiat andai daku pergi dulu ..

segala simpanan yang ada atas namaku akan ku wakilkan kakandaku sebagai pewaris ku, yang berhak mengeluarkan & mengambil nya dari simpanan ku ..

mohon dengan kepercayaan ini kakanda serahkan kepada sahabatku semuanya , dan dia akan membahagikannya kepada kalian selepas dia melangsaikan segala yang ku wasiatkan padanya ...

terima kasih buat kekandaku Adawiyah yang hanya satu di dunia & akhirat ...

Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan ke atas mu ..


~Andai daku pergi dulu, Ini kewajiban ku  ~Sayap Biru

Friday, January 27, 2017

Istighfar

Kuatnya panahan Istighfar
setiap kali aku rasa resah ..
aku sebut Astaghafirullah
Tiap kali rasa marah
aku sebut Astaghafirullah
Setiap kali rasa nak mengadu
aku sebut Astaghafirullah
Tiap kali aku bersyak wasangka  
aku sebut Astaghafirullah
setiap kali itu lega rasa & kuat kan hati Biar Allah yang uruskannya
ALHAMDULILLAH
kerana RASA itu pinjaman dari ALLAH

Susah .. tapi berhasil ..
cuba lah
INSYA'ALLAH
segalanya dari DIA & kembalinya kita juga pada DIA

Salam Jumaat.



Friday, January 13, 2017

2017

Setiap yang hidup
PASTI akan MATI 

Sejauh mana perjalanan & usaha kita dalam mengumpulkan amalan-amalan untuk bekalan kita di sana?

Bersediakah kita menghadapi hari-hari SAKARATUL MAUT?

Azam tahun baru ku bermula dengan soalan-soalan ini ...


Al Fatihah 
buat Nenda (sebelah Bondaku) yang sedang Gering kini 

Al Fatihah
 juga buat Bonda Maimun yang ku anggap seperti Bonda ku sendiri si singgahi Stoke Pertuturan (Alhamdulillah Getting Better now after 20 days)

Al Fatihah 
buat Ayahanda Ismail yang baru mengadap Illahi pada 12 January 2017 
(Ayahanda kepada Awin rakan serumah & sepersekolahan ku ketika di darjah 5) 


Ku BerNazar
 Khatam Al Quran Tahun 2016
Doakan kemudahan buatku

~: Terima kasih :~